Kontroversi Sumpah (lagu Aina Abdul)

Tidak lama selepas dikeluarkan, "Sumpah" menjadi subjek kontroversi apabila didakwa memberi gambaran negatif terhadap pesakit dan penderita skizofrenia.[3] Setiausaha Persatuan Bantuan dan Kesedaran Penyakit Mental Malaysia (MIASA), Zakirah Zakaria menerusi satu kenyataan di laman Facebook pertubuhan itu, mengkritik muzik video itu kerana memaparkan stereotaip negatif terhadap pesakit mental malah turut bertentangan dengan pesakit skizofrenia. Zakirah turut mendakwa muzik video "Sumpah" tidak sesuai dipertontonkan kepada umum kerana mengandungi unsur yang boleh mengganggu sensitiviti penonton. Menerusi kenyataan itu, Zakirah turut menjemput Aina bertemu dengannya untuk membincangkan perkara itu secara berhemah.[4] Beliau kemudian mengeluarkan kenyataan mohon maaf, namun memutuskan tidak akan menarik balik atau membuat sebarang suntingan terhadap muzik video "Sumpah" seperti yang diminta oleh NGO sebelum ini.[5][6]

Pada Februari 2020, "Sumpah" sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila persembahan Aina di Anugerah Juara Lagu ke-34 menerima kritikan daripada MIASA kerana mengangkat tema bunuh diri.[7] Melalui satu kenyataan, MIASA turut menyifatkan konsep bunuh diri dalam persembahan Aina seolah-olah mendorong seseorang mencederakan diri dan dianggap keterlaluan serta melanggar peraturan Garis Panduan Laporan Media Terhadap Bunuh Diri.[8][9]

Rujukan

WikiPedia: Sumpah (lagu Aina Abdul) https://music.apple.com/gb/album/sumpah-single/145... https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/... https://gempak.com/berita-terkini/dah-tak-ada-idea... https://www.malaymail.com/news/showbiz/2019/05/13/... https://open.spotify.com/track/7si2OcSkjkmTwuJu18b... https://wanista.com/2019/184041/aina-abdul-cetus-m... https://www.youtube.com/watch?v=MnP-L_kR6w8 https://www.youtube.com/watch?v=p6yEPaMICgU https://www.hmetro.com.my/utama/2020/02/542960/per... https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2019/03...